Rabu, 2 November 2011

KELENGKAPAN

4.0 ALATAN DAN KELENGKAPAN
4.1 Peralatan Hoki

4.1.1 Kayu Hoki
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAhyphenhypheniUJdtoR-oslmbBFbss8vof3G2vlnLV0c01-CkPpL42ZZBYH0B1rt6j6s2ARDEJ7ripvApaVEoo-zIkQ1pn-0ywOFlA8t9VIQV0kiI5vi6C_4hOj-BU-pjl2Egy0xiQp70CZolZe3Y/s400/kayu+hoki.jpg
                                                Rajah 1.0 : Kayu hoki  (hockey stick)

1.Permukaan rata di belah kiri sahaja. Bahagian untuk bermain ialah seluruh permukaan rata kayu dan sepanjng bahagian pemegang di atas dan sepanjang bahagian pemegang di atas permukaan rata tersebut.

2.Belakang kayu ialah baki keseluruhan kayu

3.Hulu kayu, iaitu bahagian lebih bawah daripada tempat penyambung (splice), mesti berbentuk melengkung, dibuat daripada kayu, tumpul (rounded edges) dan tidak berlubang, berlekuk atau sebarang tambahan. Bahagian hulu yang melengkung boleh mempunyai panjang maksimum 100mm bila diukur secara tegak dari bahagian bawah permukaan rata kayu dan selari kepada pemegang.

4.Baki bahagian kayu tidak boleh mengandungi logam atau sebarang bahan logam.
5. Kecuali ulu kayu yang melengkung, lain-lain bahagian hendaklah lurus. Bila diletak mendatar di atas permukaan yang rata, lengkungan kayu itudengan permukaan yang berkenaan tidak boleh berjarak melebihi 20mm.
6. Berat maksimum 737 gram
7. Pita (tape) dan damar boeh disapu pada kayu untuk mencegah kehausan dengan syarat permukannya tetap licin.
8. Saiz kayu, termasuk sebarang bulatan, mesti boleh menembusi alat gelang yang mempunyai garis pusat dalaman 51mm. Kayu hoki telah mempunyai bentuk tradisional dan bentuk ini dikekalkan. Kayu hoki yang melengkung sehingga 2 sentimeter sama ada dari hujung permukaan kayu ataupun hulunya diluluskan. Walau bagaimana pun, pengenalan bentuk-bentuk baru yang ekstrem tidak dibenarkan. Lembaga Peraturan-Peraturan Hoki akan sentiasa memantau prestasi kayu-kayu yang dibuat daripada bahan-bahan tradisional dan bukan tradisional dan akan menghadkan dan/atau mengharamkan penggunaan kayu-kayu jenis tersebut sekiranya penggunaan kayu-kayu itu menyebabkan perubahan kepada ciri-ciri permainan atau meningkatkan paras bahaya kepada para pemain.


ho.png4.1.2 Bola Hoki





                                                 Rajah 2.0 : Bola Hoki
1.Berbentuk sfera, keras dan di buat daripada sebarang bahan yang sesuai.
2.Berat minimum bulatan 156 gram, maksimum 163 gram.
3.Ukuran lilit bulatan: minimum 224 mm, maksimum 235mm
4.Permukaan licin tetapi pelipat (seam) atau lekuk-lekuk kecil (indentations) dibenarkan.
5.Warna putih atau seperti dipersetujui.












4.2 Pakaian dan Peralatan Pemain

                                            Rajah   3.0 : Gambaran seorang pemain hoki


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8F3YwjKe7yOXtZJbDo2QS1a0-Ye0wSpenaxTWbI1bcrbIZueapKieZzrcSZNmdyKSkyjw5FwLsi55urHWEIX3VTENfE3YnGsqmxUUseViGbSlZ6ceE2ZPyd8qp3xy-0c_ft1svexcJZs/s200/shin_guard.jpg1.Pemain-pemain
a.Dari pasukan yang sama dikehendaki memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh persatuan atau kelab mereka.
b. Tidak dibenarkan memakai sebarangan yang boleh membahayakan pemain-pemain lain. Pemain-pemain padang digalak sepenuhnya memakai pelindung betis/pergelangan kaki dan mulut.





                          Rajah 4.0 : shin guard(diletakkan dipangkal betis)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTlwsV-6TTABzGOz66Kmt_5JVKW_DfSa5rC6HzQP8U6hiT3XzpjG3iifck9pK0m78gXo3dJHlZIpo9teqosyx3cVKrGlsEFoVojb1R4hAimnD1X49TJILKHxxnk6ZvbaqE60aD6QOaRDA/s200/field_hockey_shoes.jpg






            Rajah 5.0 : Kasut yang biasa dipakai untuk bermain di turf


4.3 Penjaga Gol

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEje7iJA4gN9-Auo80mXjhmXrrLU44yO3RvTfsejqLLu2qv5kCDVQi3zKuBHF9xYyoNyB4GkiKyfSDYgxaxAOjtOjytrBbHvyOsJBTnLOfGSNW5sAZeLV9BTUKJYuEoiAYu08X4Iy-3cRys/s400/set+untuk+penjaga+gol.jpg



                     Rajah  6.0 : Set penuh untuk penjaga gol hoki




Ø      Dikehendaki memakai baju atau pakaian melitupi sebarang pelindung bahagian di atas tubuhnya. Baju atau pakaian ini hendaklah berlainan warnanya daripada yang dipakai oleh pemain-pemain pasukannya mahupun daripada pasukan lawan.
Ø      Diwajibkan memasang pelindung kepala (protective headgear) kecuali semasa mengambil (bukan mempertahankan penalti strok. Peralatan pelindung keepala yang sesuai : helmet berpelindung muka dan menutup seluruh kepala termasuk bahagian belakang dan kerongkong disyorkan. Pelindung kepala yang direka bentuk dan diluluskan untuk permainan hoki ais biasanyamemenuhi keperluan kebanyakkan penjaga gol. Penjaga gol juga dinasihatkan memakai lain-lain peralatan pelindung (misalnya untuk melindungi badan, tangan, siku, paha, lutut dan sebagainya) pada setiap masa. Berikut ialah peralatan pelindung yang dibenarkan untuk kegunaan penjaga gol: pelindung tubuh, ped kaki, penendang (kicker), sarung tangan dan pelindung untuk bahagian paha, lengan (upper arm), lengan (forearm) dan siku.
Ø      Pad, penendang dan pelindung tangan: tidak dibenar mempunyai bahagian tepi yang kasar atau tonjolan.
Ø      Pad: lebar maximum semasa dipasang kepada kaki penjaga gol ialah 300mm.
Ø      Pelindung tangan: lebar maksimum 228 mm semasa diletakkan di atas permukaan yang rata dan menghala ke atas; panjang maksimum 355mm – diukur dari bawah ke penghujung. Tiada pengubahsuaian/ tambahan bagi membolehkan kayu melekat kepada pelindung tangan semasa kayu tidak dipegang.


Selasa, 1 November 2011

PERATURAN ASAS


Peraturan Umum dari permainan Hoki adalah sebagai berikut :

Seorang pemain dilarang untuk :
- Mengangkat stick di atas pundaknya bilamana dapat membahayakan.
- Melakukan permainan yang dapat membahayakan
- Memukul bola ke udara, mengangkatnya
- Menendang atau menahan bola dengan kaki (kecuali penjaga gawang sesuai peraturan)
- Memukul, menggigit atau menahan stick lawan
- Menghalangi lawan dengan badan atau stick, mendorong, menahan atau menjatuhkan – menyandung
lawannya.
Seorang pemain diperbolehkan untuk :
- Menahan bola dengan tangan (sesuai peraturan yang berlaku), sepanjang bola tersebut jatuh dengan segera, jadi bukan menangkap bola melainkan menahan bola dengan telapan tangan yang terbuka.
Di dalam D (Striking circle) hanya penjaga gawang diperbolehkan bermain dengan kakinya, menendang dan menahan bola dengan bahagian tubuh badan yang mana saja, tetapi ia tidak bolah berbaring di atas atau di depan bola.
Hukuman yang dapat diberikan adalah :
(1) Free hit/pukulan bebas
Pukulan bebas dilakukan pada tempat dimana pelanggaran terjadi
(2) Penalty corner – short corner
Penalty corner dapat dilakukan di atas garis pinggi gawang regu yang mendapat hukuman di sebelah mana saja, namun sekurang-kurangnya 2,75 m dari tiang gawang yang terdekat.
Penalty corner ini diberikan bilamana seorang diketahui dengan jelas menyentuh bola disebelah daerah gawangnya atau disebabkan sesuatu hal yang dilakukannya di dalam D atau striking circle.

(3) Penalty Stroke
Penalty stroke diberikan disebabkan kesalahan yang dilakukan dalam D atau striking circle bila seorang pemain yang bertahan dengan jelas menghalangi sebuah bola yang akan masuk dengan cara yang tidak dibenarkan.
Penalty stroke dilakukan dari jarak 7,31 m dari depan gawang.
Pemain-pemain lainnya harus berada di belakang garis 25 yard. Bilamana penjaga gawang dapat menahan bola maka regu yang bertahan diberikan pukulan bebas (free hit) dari suatu titik 14,63 m dari gawang.
(4) Corner hit – long corner
Corner hit diberikan bilamana seorang pemain dengan tidak sengaja memukul atau memainkan bola ke belakang garis gawangnya dari jarak kurang dari garis 25 yard.
Corner hit tersebut dilakukan dari jarak 9,14 m dari tiang gawang terdekat. Untuk hit ini pemain-pemain dari regu yang menyerang harus berada di belakang garis D atau striking circle.
(5) Offside
Offiside adalah bilamana seorang pemain melampaui 2 pemain lawan di depannya apabila berada di daerah lapangan lawan.
(6) Hit – in – pukulan ke dalam
Bilamana seorang memukul atau menyentuh bola dengan sticknya melampaui garis pinggi, hit ini dilakukan di atas garis oleh seorang pemain lawan dari tempat dimana bola itu keluar lapangan. Pemain-pemain lain dengan sticknya harus berada sekurang-kurangnya dalam jarak 4,55 m dari yang memukul bola. Apabila bola yang dipukul oleh seorang penyerang melampaui garis gawang maka hitnya atau free hit dilakukan dari suatu titik 14,63 pada arah dimana bola tersebut meninggalkan atau keluar lapangan.





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms