4.0 ALATAN DAN KELENGKAPAN
4.1 Peralatan Hoki
4.1.1 Kayu Hoki
4.1.1 Kayu Hoki
Rajah 1.0 : Kayu hoki (hockey stick)
1.Permukaan rata di belah kiri sahaja. Bahagian untuk bermain ialah seluruh permukaan rata kayu dan sepanjng bahagian pemegang di atas dan sepanjang bahagian pemegang di atas permukaan rata tersebut.
2.Belakang kayu ialah baki keseluruhan kayu
3.Hulu kayu, iaitu bahagian lebih bawah daripada tempat penyambung (splice), mesti berbentuk melengkung, dibuat daripada kayu, tumpul (rounded edges) dan tidak berlubang, berlekuk atau sebarang tambahan. Bahagian hulu yang melengkung boleh mempunyai panjang maksimum 100mm bila diukur secara tegak dari bahagian bawah permukaan rata kayu dan selari kepada pemegang.
4.Baki bahagian kayu tidak boleh mengandungi logam atau sebarang bahan logam.

5. Kecuali ulu kayu yang melengkung, lain-lain bahagian hendaklah lurus. Bila diletak mendatar di atas permukaan yang rata, lengkungan kayu itudengan permukaan yang berkenaan tidak boleh berjarak melebihi 20mm.
6. Berat maksimum 737 gram
7. Pita (tape) dan damar boeh disapu pada kayu untuk mencegah kehausan dengan syarat permukannya tetap licin.
8. Saiz kayu, termasuk sebarang bulatan, mesti boleh menembusi alat gelang yang mempunyai garis pusat dalaman 51mm. Kayu hoki telah mempunyai bentuk tradisional dan bentuk ini dikekalkan. Kayu hoki yang melengkung sehingga 2 sentimeter sama ada dari hujung permukaan kayu ataupun hulunya diluluskan. Walau bagaimana pun, pengenalan bentuk-bentuk baru yang ekstrem tidak dibenarkan. Lembaga Peraturan-Peraturan Hoki akan sentiasa memantau prestasi kayu-kayu yang dibuat daripada bahan-bahan tradisional dan bukan tradisional dan akan menghadkan dan/atau mengharamkan penggunaan kayu-kayu jenis tersebut sekiranya penggunaan kayu-kayu itu menyebabkan perubahan kepada ciri-ciri permainan atau meningkatkan paras bahaya kepada para pemain.
4.1.2 Bola Hoki
Rajah 2.0 : Bola Hoki
1.Berbentuk sfera, keras dan di buat daripada sebarang bahan yang sesuai.
2.Berat minimum bulatan 156 gram, maksimum 163 gram.
3.Ukuran lilit bulatan: minimum 224 mm, maksimum 235mm
4.Permukaan licin tetapi pelipat (seam) atau lekuk-lekuk kecil (indentations) dibenarkan.
5.Warna putih atau seperti dipersetujui.

4.2 Pakaian dan Peralatan Pemain
Rajah 3.0 : Gambaran seorang pemain hoki
1.Pemain-pemain
a.Dari pasukan yang sama dikehendaki memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh persatuan atau kelab mereka.
b. Tidak dibenarkan memakai sebarangan yang boleh membahayakan pemain-pemain lain. Pemain-pemainpadang digalak sepenuhnya memakai pelindung betis/pergelangan kaki dan mulut.
a.Dari pasukan yang sama dikehendaki memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh persatuan atau kelab mereka.
b. Tidak dibenarkan memakai sebarangan yang boleh membahayakan pemain-pemain lain. Pemain-pemain
Rajah 4.0 : shin guard(diletakkan dipangkal betis)
Rajah 5.0 : Kasut yang biasa dipakai untuk bermain di turf
4.3 Penjaga Gol
Rajah 6.0 : Set penuh untuk penjaga gol hoki
Ø Dikehendaki memakai baju atau pakaian melitupi sebarang pelindung bahagian di atas tubuhnya. Baju atau pakaian ini hendaklah berlainan warnanya daripada yang dipakai oleh pemain-pemain pasukannya mahupun daripada pasukan lawan.
Ø Diwajibkan memasang pelindung kepala (protective headgear) kecuali semasa mengambil (bukan mempertahankan penalti strok. Peralatan pelindung keepala yang sesuai : helmet berpelindung muka dan menutup seluruh kepala termasuk bahagian belakang dan kerongkong disyorkan. Pelindung kepala yang direka bentuk dan diluluskan untuk permainan hoki ais biasanyamemenuhi keperluan kebanyakkan penjaga gol. Penjaga gol juga dinasihatkan memakai lain-lain peralatan pelindung (misalnya untuk melindungi badan, tangan, siku, paha, lutut dan sebagainya) pada setiap masa. Berikut ialah peralatan pelindung yang dibenarkan untuk kegunaan penjaga gol: pelindung tubuh, ped kaki, penendang (kicker), sarung tangan dan pelindung untuk bahagian paha, lengan (upper arm), lengan (forearm) dan siku.
Ø Pad, penendang dan pelindung tangan: tidak dibenar mempunyai bahagian tepi yang kasar atau tonjolan.
Ø Pad: lebar maximum semasa dipasang kepada kaki penjaga gol ialah 300mm.
Ø Pelindung tangan: lebar maksimum 228 mm semasa diletakkan di atas permukaan yang rata dan menghala ke atas; panjang maksimum 355mm – diukur dari bawah ke penghujung. Tiada pengubahsuaian/ tambahan bagi membolehkan kayu melekat kepada pelindung tangan semasa kayu tidak dipegang.
0 ulasan:
Catat Ulasan